Tahniah kepada semua peserta 10K Step Challenge KK Keroh 2026! ππ Alhamdulillah, anda semua telah berjaya mengharungi 30 hari Cabaran 10,000 Langkah Sihat anjuran Unit NCD Klinik Kesihatan Keroh. Bukan mudah untuk kekal konsisten setiap hari, namun semangat, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta amat membanggakan. Semoga cabaran ini bukan sekadar berakhir sebagai satu program, tetapi menjadi titik permulaan kepada amalan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Diharapkan segala objektif program dapat dicapai, iaitu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal, membudayakan amalan berjalan kaki, serta membantu mencegah penyakit tidak berjangkit dalam kalangan komuniti. Terima kasih atas penyertaan, sokongan dan semangat yang diberikan sepanjang cabaran ini. Teruskan melangkah, kerana setiap langkah yang diambil hari ini adalah pelaburan untuk kesihatan yang lebih baik pada masa hadapan. Jumpa lagi dalam cabaran yang akan datang! ππ











